Connect with us

Uncategorized

Syiar Islam Terus Bersinar. Dua lagi Terima Hidayah

Published

on

Syiar Islam Terus Bersinar. Dua lagi Terima Hidayah

Syiar Islam terus bersinar di negara ini apabila dua orang lagi, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah, hari ini.

Pengislaman Steven Emira anak Mulei, 23, dan Jemima Ruran anak Muran, 21, turut disaksikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri serta Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri pada majlis yang berlangsung di kediaman Awang Zakir @ Abdul Hadi bin Haji Aji di Kampung Sungai Akar.

Dengan melafazkan ikrar pengislaman di hadapan hadapan pegawai dari Unit Dakwah Daerah Tutong, Pusat Dakwah Islamiah, Steven Emira kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Zahred Mulei bin Abdullah dan Jemima Ruran pula memilih nama Islamya sebagai Nur Aaira Mika binti Abdullah.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama turut menyampaikan cenderahati kepada saudara-saudara baharu yang diraikan sebelum diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan tausyeh oleh Kumpulan Nurul Huda.

Sumber;MEDIAPERMATA

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending