Connect with us

Uncategorized

(TAKZIAH) Dianggap Macam Ibu Kandung Sendiri, Ibu Saudara Zizi Kirana Meningg4l Dunia Pada Pagi Jumaat

Published

on

(TAKZIAH) Dianggap Macam Ibu Kandung Sendiri, Ibu Saudara Zizi Kirana Meningg4l Dunia Pada Pagi Jumaat

Penyanyi lagu Eh!, Zizi Kirana dilaporkan telah kehilangan ibu saudara tercinta pada pagi ini (Jumaat) di kampung halamannya di Sabah kira-kira jam 2.40 pagi tadi. Berita duka itu diumumkan pengurus kepada Zizi iaitu Bob ketika dihubungi media sebentar tadi.

Menurut Bob, Zizi telah menerima perkhabaran sedih itu ketika selesai menjalani penggambaran drama kira-kira pukul 3 pagi tadi dan masih dalam keadaan terkejut. Ujar pengurus Zizi itu lagu, punca sebenar kematian ibu saudara Zizi yang digelar Umi masih belum dipastikan sehingga ke saat ini.

Sekadar info, ibu saudara Zizi telah menjaga penyanyi itu sejak kecil dan penyanyi itu telah menganggap umi sebagai ibu kedua buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Ya..betul umi (ibu) Zizi meningg4l dunia sekitar pukul 2.40 pagi tadi. Selepas habis shooting pukul 3 pagi, baru Zizi dapat tahu. Arwah meninggal di Sabah tapi saya tak pasti sakit apa. Buat masa sekarang, Zizi memang tak boleh nak bercakap..dia diam sahaja. Saya pun taknak tanya apa-apa lagi sebab dia tengah bersedih.”

Selain itu, penyanyi Zarina Zainoordin ada memuat naik status di Instagram yang memaklumkan pemergian ibu saudara Zizi dan turut memohon doa agar semua peminat mendoakan penyanyi itu serta ahli keluarganya agar tabah menghadapi ujian.

Dalam pada itu, perkembangan terkini, Zizi dilaporkan sedang menguruskan perjalanan pulang ke Sabah dan sudahpun mendapat kebenaran daripada pihak polis. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah di atas kehilangan ibu saudara tercinta dan diharap Zizi tabah menghadapi dugaan tersebut.

Sumber: beutifulnara

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending