Connect with us

Uncategorized

Hanya Jaga Makan Dan Senaman, Wanita Hilang 101 Kg Dalam Tempoh Setahun Tanpa Ambil Produk Kurus

Published

on

Hanya Jaga Makan Dan Senaman, Wanita Hilang 101 Kg Dalam Tempoh Setahun Tanpa Ambil Produk Kurus

Menurunkan berat badan dengan cara menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat tak semudah yang dikatakan. Bukan tidak mencuba, tetapi mereka yang berada di dalam fasa berat badan berlebihan atau obesiti ini seringkali terkandas di tengah jalan kerana tidak tahan menahan pelbagai godaan makanan yang tidak sihat.

Sudahnya, berat ideal tidak dicapai, malah kembali ke berat asal atau lebih lagi sehingga terpaksa mengulangi proses diet yang sama berulang kali.Perkongsian oleh seorang gadis dikenali sebagai Airias Suzue menerusi group Diet Suku Suku Separuh di Facebook ini mungkin boleh dijadikan inspirasi dan penyuntik semangat kepada anda semua untuk mendapatkan berat badan ideal.

Bayangkan, dari seberat 215 kilogram (kg), dia berjaya menurunkan sekitar 101 kg hanya dalam tempoh setahun! Semua ini dilakukan dengan tekad dan cekal dalam menjaga pemakanan dan melakukan senaman tanpa pengambilan sebarang produk. Memang hebat!

Dari berat 215 kg ke 114 kg dalam tempoh setahun

”Alhamdulillah, perjuangan saya selama setahun ni.. jaga makan dan senaman… kurus tanpa produk-produk kurus…. Moga-moga saya capai target hujung tahun ni inshaAllah…. Selagi kita masih di beri peluang untuk hidup teruskanlah perjuangan keluar dari obesiti… saya tahap obesiti morbid… macam-macam saya lalui sepanjang proses ni…

Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang support saya selama ni… dan terima kasih juga admin dan rakan-rakan dalam group diet ni banyak beri ilmu dan inspirasi.. buatkan saya tekad dan nekad untuk berubah.. perjalanan saya masih jauh lagi .. doakan saya..” tulis Airias.

Airias ketika dihubungi Siakap Keli memberitahu, dia pernah mengambil ubat kurus sebelum itu kerana keadaannya yang sukar bergerak tapi semuanya sia-sia kerana tidak berhasil. Oleh itu, atas dasar kesedaran untuk berubah ke arah kehidupan lebih baik, dia tekad mengamalkan gaya hidup sihat sejak Januari tahun lalu.

”Sebelum diet, saya hanya mampu berjalan setakat pusing kampung sahaja kerana disebabkan berat badan buatkan saya susah nak bergerak ke sana sini. Saya pernah mengambil ubat kurus, bermacam-macam ubat kurus saya makan, selera saya makin naik, makan semakin banyak dan badan saya mula naik tanpa sedar.

”Sekarang saya dah tak percaya semua ubat kurus lepas saya dengar cakap doktor yang melarang saya untuk mengambil ubat kurus, saya terus tekad dan nekad berubah ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya. Ketika ditanya mengenai tips, Airias berkata, selama tempoh setahun dia tidak menyentuh semua makan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi, mee, bihun termasuk makanan segera seperti maggi dan fast food serta makanan yang diproses.

”Saya hanya makan buah, sayur, dan lauk yang dibakar dan kukus, air manis sudah dua tahun saya tinggalkan selain mengamalkan senaman seperti gym dan zumba. ”Selain itu, saya juga selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis,” katanya.

Tambah Airis, dengan tinggi 164cm, sasaran berat badan yang ingin dicapainya adalah sebanyak 60 kg dan ianya tidak mustahil dicapai berbekalkan semangat dan fokus utama dalam pemikiran. ”Kuatkan semangat, kuatkan mindset fokus betul-betul, seperti saya niat diet ini sebab nak ringankan badan untuk melaksanakan amal ibadat kerana dulu saya solat dengan cara duduk berlunjur sahaja,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Airias Suzue via Diet Suku Suku Separuh

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending