Connect with us

hiburan

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran 8 Hari Ramadan, Belum Dapat Tunai Hasrat Ibu Untuk Kahwin

Published

on

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran 8 Hari Ramadan, Belum Dapat Tunai Hasrat Ibu Untuk Kahwin

PETALING JAYA – Bersempena ulang tahun kelahiran bondanya, pelakon Jue Aziz berkongsi kegembiraan apabila dapat menunaikan hajat untuk khatam al-Quran seperti yang diminta ibunya. Menerusi video berdurasi tiga minit 21 saat yang dimuat naik dalam Instagram, Jue berkongsi serba sedikit semangat dan sokongan yang diberikan ibunya hingga dia berjaya khatam al-Quran dalam masa singkat.

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran 8 Hari Ramadan , Belum Dapat Tunai Hasrat Ibu Untuk Kahwin - Tempatan - Hiburan Trending - CARI Infonet

“Akhirnya pada 20 April saya sudah berjaya khatam al-Quran. Berkat doa mak, Allah makbulkan. Doa-doa mak buat saya terus bersemangat untuk khatam al-Quran. “Bila tengok kesihatan mak yang kurang sihat, dia masih lagi kuat mencari ilmu agama. Mak ini je hadiah yang Jue boleh bagi dekat mak,” katanya yang tampil berniqab dalam video tersebut.

Jue Aziz

Dalam hantaran sama, pelakon filem Hantu Bonceng itu turut mengakui masih belum dapat menunaikan satu lagi permintaan ibunya iaitu untuk bertemu jodoh. “Satu saja lagi permintaan mak yang tak dapat ditunaikan iaitu jodoh. Tahu, mak risau kalau saya susah, sakit semua. Saya seorang pun tak apa asalkan ada mak.

Alhamdulilah!! Jue Aziz berjaya khatam al-Quran Hari ke lapan Ramadan. – Trending Kini

“Kita bercinta berdua je mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan terakhir,” tulisnya. Terdahulu, Jue mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 sebelum bercerai lima tahun selepas itu.Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan hanya memiliki seorang anak angkat bernama Darwish Nuafal,

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending