Connect with us

Uncategorized

Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis, Pelakon Gerak Khas

Published

on

Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis, Pelakon Gerak Khas

Pelakon Sheera Iskandar menamatkan zaman janda apabila memilih anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani sebagai teman hidupnya pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi acara di ibu kota, petang Isnin. Menurut laporan mStar Online, pasangan tersebut dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Shera nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis berkenaan diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 70 tetamu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berkongsi cerita mengenai detik pertemuan mereka, pelakon berusia 36 tahun itu mula mengenali suaminya ketika menjayakan penggambaraan drama bersiri Gerak Khas, dua tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

Sebelum ini, Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, namun bercerai tiga tahun selepas itu. Meninjau ke laman Instagram, rakan artis seperti Abby Abadi dan Salina Saibi selain penerbit drama Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam serta isteri Datin Fatimah Ismail turut hadir bagi meraikan pasangan tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending