Connect with us

Uncategorized

Bukan Rentas Negeri, Saya Di Rumah Mentua Di KL – Azhar Idrus

Published

on

Bukan Rentas Negeri, Saya Di Rumah Mentua Di KL – Azhar Idrus

SHAH ALAM: Dakwaan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus merentas negeri untuk menghadiri majlis tahnik anak penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin adalah tidak benar. Menurut Azhar Idrus, beliau memang berada di rumah ibu mentuanya di Kuala Lumpur sewaktu majlis itu diadakan.

Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut. “Saya sudah tiga tahun berkawan dengan Datuk K. “Saya bukan berkawan dengan Siti Nurhaliza, tapi suami dia,” katanya menerusi satu rakaman video di Facebook pada Isnin.

Video berdurasi 2 minit 2 saat itu tidak dapat dipastikan bila ia dirakam, tetapi dipercayai direkodkan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Azhar Idrus berkata, Datuk K sudah dua kali mempelawa beliau berkunjung ke rumahnya, namun gagal memenuhi permintaan sahabatnya itu.

“Kali ini saya segan untuk menolak permintaannya kerana Datuk K pernah melawat saya selama dua jam ketika s4kit,” katanya. Pada 2 Mei lalu, netizen mempersoalkan kehadiran Azhar Idrus dan beberapa individu ternama lain yang hadir di majlis tahnik anak pasangan berkenaan. Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu terbabit dikatakan merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

Sumber:astroawani

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending