Connect with us

tauladan

Anak Rindu Nak Tatap Wajah, Tapi Mak Ayah Tak Pandai Video Call… Berlaku Drama Air Mata Di Pagi Aidiladha Ketika Jambangan Wang Dikirim

Published

on

Anak Rindu Nak Tatap Wajah, Tapi Mak Ayah Tak Pandai Video Call… Berlaku Drama Air Mata Di Pagi Aidiladha Ketika Jambangan Wang Dikirim

Pasangan warga emas ini menerima jambangan wang pada Selasa daripada anak mereka yang tidak dapat merentas daerah untuk pulang beraya. SETIAP kali tibanya hari raya, ibu bapa di kampung pasti ternanti-nanti kepulangan anak mereka. Namun, situasi itu mula berubah selepas pandemik Covid-19 melanda negara sejak lebih tahun lalu.

Begitu juga kisahnya dengan Hairulanita Abd Rahman, 39, yang sebak apabila tidak dapat pulang meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor pada Selasa lalu.

Mesra disapa Kak Ita, dia bagaimanapun ada membuat kejutan istimewa untuk ibu sebagai pengganti diri pada hari mulia itu. “Mak ayah di Batu Pahat, saya pula di Johor Bahru. Cuma berbeza daerah, sekarang tak boleh nak merentas daerah. Dah beberapa bulan saya tak balik jumpa mereka.

“Jadi saya cakap kepada suami, apa kata kita bagi kejutan untuk mak ayah? Niat untuk jadikan sebagai kenangan untuk mereka, untuk tunjuk penghargaan kepada mak ayah. Sekatan rentas daerah menyebabkan Kak Ita sekeluarga tak dapat pulang beraya ke Batu Pahat.

kak ita1

“Tiada niat nak menunjuk. Cuma nak simpan sebagai kenanan. Ia merupakan hadiah daripada saya dan suami sebabnya sejak raya puasa tak dapat jengkuk mereka,” ujarnya kepada mStar. Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia juga sebak selepas menyaksikan video ketika kedua ibu bapanya menerima jambangan kejutan itu pada Selasa.

Selepas dapat kejutan tu, mak ada call saya dan dia menangis.

Menurut Kak Ita, dia gagal menahan air mata selepas melihat wajah kedua ibu bapanya yang tersentuh dengan pemberian itu. “Rangkaian kat kampung tak OK, mak pula tak pandai buat video call. Jadi dah lama saya tak dapat tengok muka dia. Call biasa je setiap hari.

mak ayah2

Ibu bapa Kak Ita yang menetap di daerah Batu Pahat.

“Bila orang yang buat khidmat kejutan tu bagi video ketika dia hantar jambangan duit, saya terus menangis. Mak memang seorang yang cepat tersentuh hati. “Ayah pula memang relaks macam tu. Cuma touching bila tengok mak.

Selama ni contact dapat dengar suara je. “Selepas dapat kejutan tu, mak ada call saya dan dia menangis. Dia risau akan kami sekeluarga,” ujarnya lagi.Malah, dia turut sebak apabila ramai yang mendoakan ibu bapanya, tak kurang juga yang turut bersedih kerana tak dapat beraya di kampung.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending