Connect with us

motavasi

Tiada Internet Dan Kemudahan Elektrik, Cikgu Nazmi Gigih jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Published

on

Tiada Internet Dan Kemudahan Elektrik, Cikgu Nazmi Gigih jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Tiada internet, line telefon, dan juga kemudahan elektrik yang sering dicatu, Guru Bahasa Inggeris SK Long Sukang, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli mengambil inisiatif dengan menghantar bahan pembelajaran kepada 111 muridnya.

Ikuti perkongsian guru berusia 27 tahun ini…

“Saya tidak mahu anak didik saya ketinggalan dalam pelajaran, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya tekad bertemu mereka…“Saya tak pasti jarak antara kampung-kampung, tetapi kami mengambil masa dua hari untuk sudahkan penghantaran dan pengutipan kerja rumah. Ada 13 buah kampung termasuk sebuah Kem Balak, antaranya kampung Pa’ Dadar, Kampung Long Resina, Kampung Pa’ Remirang dan lain-lain.”

“Untuk bergerak ke satu-satu kampung tu, selain mendapat kelulusan daripada PPD dan komuniti kampung. Saya juga dapat kerjasama daripada pihak pengurusan kampung Long Sukang dan Klinik Kesihatan Kampung Long Sukang.

“Selalunya saya akan jumpa murid-murid saya seminggu sekali, untuk kutip kerja rumah lama dan agih nota, serta kerja rumah baru.”

“Saya tinggal di Pekan Lawas, dari bandar nak ke kampung ambil masa dari 3 hingga 4 jam.”

“Memandangkan guru-guru lain berada di kampung masing-masing. Kami guru-guru yang berada di Pekan Lawas sahaja yang terlibat. Guru-guru lain akan forward bahan dan nota kepada saya melalui emel/whatsapp, saya akan printkan, dan terus ke kampung untuk kerja pengagihan.”

“Kami mengambil inisiatif tersebut sebab kami tiada pilihan lain untuk buat PDPC pada waktu PKP ni.. Berbanding sekolah-sekolah di bandar, di tempat kami mengajar tiada kemudahan internet, line telefon, dan kemudahan elektrik juga di catu.

“Dengan serba serbi kekurangan di sini, kami faham jika seseorang guru itu hilang motivasi dan memohon perpindahan. Bayangkan guru yang mempunyai keluarga sendiri, tapi cuma dapat contact orang yang tersayang cuma dua atau tiga minggu sekali. Kami faham.”

“Tapi… jika semua orang nak keluar dari kawasan pedalaman, bagaimana pula dengan anak-anak di sini? Seseorang perlu ada di sana bersama-sama mereka.

Sumber:GPSBESTARI

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending