Connect with us

SEMASA

Syarat Yang Dia Letak Memang Bijak. Muhyiddin Akhirnya Ded4h Kenapa Sokong Ismail Sabri

Published

on

Syarat Yang Dia Letak Memang Bijak. Muhyiddin Akhirnya Ded4h Kenapa Sokong Ismail Sabri

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri yang baharu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, jumlah tersebut termasuk 31 ahli Parlimen mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.

Muhyiddin juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama. “Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha mem3rangi c0v1d-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Ini juga bermakna Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis.

Bagaimanapun, beliau berharap jika Ismail Sabri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, Ahli Parlimen Bera itu mesti memastikan anggota Kabinet yang dibentuk terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertu duhan jen@yah mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghorm4ti prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya. Presiden Bersatu itu turut menegaskan bahawa sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah bersyarat dan berharap proses pelantikan Perdana Menteri baharu dapat berjalan dengan lancar.

Sumber: livenews40.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending