Connect with us

SEMASA

‘Sultan Melaka’ Meningg@l Dunia Akibat Covid-19

Published

on

‘Sultan Melaka’ Meningg@l Dunia Akibat Covid-19

PETALING JAYA – Media sosial hari ini kecoh mengenai Tuanku Raja Noor Jan Shah yang pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dikhabarkan telah meningg@l dunia akibat Covid-19. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman Facebooknya hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkera berkenaan daripada Abdul Rani Kulup tidak berhasil. Terdahulu, Noor Jan Shah, 64, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka.

Dia turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka pada tahun 2019.

Sumber: Kosmo via K! ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending