tauladan
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”

Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
Ibu saya memang garang dengan anak-anak. Dulu, memang rasakan ibulah, insan paling garang di dunia. T4kut nak buat sebarang kesalahan walau di rumah sendiri sebab nanti ‘berbekas’ tangan kena cubit. Tak campur lagi dengan leteran ibu yang tak habis-habis. Mau kebas telinga ni
Tapi, disebabkan kegarangan ibulah, kami adik-beradik sering dipuji bila bertandang ke rumah sedara-mara mahupun jiran kerana berdisiplin. Manakan tidak, baru je nak sentuh barang atas meja, ibu sudah jegilkan mata kasi warning ‘Jangan SENTUH’. Kalau sentuh juga, siap lah balik nanti. Memang duduk diam aje kami di situ dan terbawa-bawa hingga sekarang. Memang tak berani nak sentuh barang milik tuan rumah tanpa izin.
Namun , Masih ada ke ibu yang garang di era sekarang
Perubahan masa menyaksikan anak-anak zaman sekarang membesar dalam suasana yang sangat berbeza. Terlalu manja dan angkuh hinggakan jika ditegur, terus melenting sampai bersikap kurang ajar tidak kira pada sesiapa sahaja.
Siapa harus dipersalahkan bila anak spoilt?
Sekali-sekala ibu perlu garang untuk mendisiplinkan anak-anak agar mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai anak bukan sahaja pada ibu bapa malah pada orang sekeliling.
CARA MENJADI IBU PENYAYANG
Jadi, bagaimana cara menjadi ibu yang garang di mata anak-anak? Apakah tips dan ciri-ciri menjadi ibu penyayang?
tetapkan waktu tidur
tidur yang cukup sangat penting. Disiplinkan anak supaya masuk ke bilik tidur pada waktu yang ditetapkan meskipun adakalanya mereka memberontak terpaksa tidur awal. Apabila dapat tidur yang mencukupi, anak mudah bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh. Anak yang bersolat lembut hatinya dan mendengar kata.
Beli dengan duit sendiri
Ajar mereka menabung. Jika anak meminta membeli barang yang mereka inginkan, suruh mereka mengumpul duit sendiri hingga dapat membeli barang berkenaan. Jangan sesekali mengalah dengan pujukan mereka. Dengan cara ini, mereka akan belajar menghargai barang yang dibeli.
Guna selagi boleh
Berjimat cermat. Elak manjakan anak dengan membeli apa sahaja kemahuan mereka walhal barang yang ingin dibeli sudah melambak di rumah. Beli apa yang perlu sahaja atau gantikan dengan yang baru hanya apabila barang lama sudah habis diguna.
Tanggung kesilapan sendiri
Berdiri dengan kaki sendiri. Jika anak terlibat dalam masalah, pastikan mereka mencari jalan penyelesaian. Dengan ini ,anak akan lebih bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan.
Pantau pergerakan dan perbuatan
Lihat tingkah laku anak juga. Kawal pergerakan anak supaya tidak terdedah dengan perkara tidak elok lebih-lebih lagi dalam melayari Internet yang lebih banyak keburuk4n daripada kebaikan.
Galak buat kerja dengan sukarela
Ajar mereka berdikari. Jangan lekakan anak dengan hadiah setiap kali mereka melakukan sesuatu. Ajar mereka lakukannya tanpa mengharapkan balasan. Dengan ini mereka akan belajar lebih ikhlas dalam membuat satu-satu perkara tanpa dipaksa.
Mengaku kesalahan
Tanamkan sifat pemaaf dalam diri mereka. Didik anak supaya mudah meminta maaf setiap kali membuat salah. Jadi, anak akan berfikir sebelum melakukan sesuatu yang anda tidak suka.
AKHIR KATA
Jadi, biarlah anda digelar ibu yang garang oleh anak-anak kerana apa yang anda lakukan adalah untuk masa depan mereka. Nanti apabila mereka dewasa, mereka akan menghargainya.
Sumber:int3tree
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
tauladan3 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
Uncategorized1 year ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI2 years ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan3 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global1 year ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah
-
AGAMA3 years ago
baca Surah Az-zalzalah 3 Kali,Untuk Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya