tauladan
“Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain bersatu semula dengan nenek”. Tiada kasih sayang keluarga sejak bayi, Dah Besar Gadis Ini Terpaksa ‘Tinggalkan’ Nenek Pula Kerana Nak Peluk Islam

“Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain bersatu semula dengan nenek”. Tiada kasih sayang keluarga sejak bayi, Dah Besar Gadis Ini Terpaksa ‘Tinggalkan’ Nenek Pula Kerana Nak Peluk Islam
BUKAN mudah perjalanan hijrah gadis ini. Terpaksa ‘berpis4h’ dengan keluarga, namun itulah peng0rbanan terbesar yang dilakukannya selepas nekad memilih untuk memeluk Islam.
Gadis ini turut berkongsi secara ringkas kisah hidupnya sebagai seorang saudara baharu (mualaf) menerusi beberapa video di aplikasi TikTok, yang mana setiap satunya meraih lebih daripada 170,000 jumlah tontonan.
Menurut Nur Adelia Aliah Lai, dia dilahirkan dalam sebuah keluarga Cina yang menganut agama Kristi4n, namun dibesarkan oleh sebuah keluarga Melayu selepas kedua ibu bapanya berpisah ketika dia masih bayi.
“Nenek tak dapat jaga saya ketika itu, mungkin kerana faktor usianya yang sudah tua. Saya diserahkan kepada sebuah keluarga angkat beragama Islam dari bayi hingga berusia 10 tahun.
“Disebabkan itu saya memang selesa kerana dah terbiasa dengan cara hidup Islam. Tapi masa tu manalah tahu bab-bab agama ni sebab masih kecil.
“Selepas 10 tahun, nenek ambil alih jaga saya semula sebab nampak saya cenderung ke arah Islam. Namun ketika saya berusia 19 tahun iaitu pada 2019, saya beritahu nenek mengenai hasrat untuk berhijrah.
“Dipendekkan cerita, nenek menent4ng hasrat saya dan dari situlah, saya terpaksa mengubah haluan dan akhirnya memilih hidup bersendirian sehingga sekarang,” cerita gadis yang senang disapa sebagai Aliah ini.
Aliah memeluk Islam pada Jun tahun lalu.
Menurut gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Klang, Selangor ini, walaupun sedih dengan nasib diri namun dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang berhati mulia. “Ketika saya tiada tempat berteduh selepas keluar dari rumah nenek, seorang rakan sekerja saya sudi menumpangkan saya buat sementara waktu.
“Dialah yang banyak bantu dan saya takkan lupakan jasanya sampai bila-bila. Selain itu, keluarga angkat yang menetap di Kundang juga ambil berat mengenai diri saya. Dalam tempoh setahun, saya cuba stabilkan hidup sendiri… cari kerja, cari rumah. Bila dah betul-betul stabil, akhirnya pada tanggal 2 Jun 2020 saya lafaz dua kalimah syahadah.
Aliah (kanan) bersama rakan yang banyak membantunya, Nur Syamimie.
“Bukan mudah tapi Alhamdulillah… walaupun selepas apa yang dilalui sebelum ini, namun cita-cita saya tercapai jua,” ujarnya yang merupakan anak tunggal. Aliah berkata dia kini tinggal bersendirian di Damansara Damai dan melakukan dua pekerjaan untuk menyara kehidupan.
“Pulang dari kerja sebagai seorang staf sebuah syarikat di Kota Damansara, saya akan bekerja sebagai penghantar makanan pula dari petang hingga malam. Begitulah rutin harian saya. Saya bekerja keras kerana bercita-cita mahu miliki sebuah rumah yang selesa, nak beli kereta dan akhirnya nak cari nenek semula.
NUR ADELIA ALIAH LAI
“Sejak terpaksa keluar dari rumah nenek, saya terputus hubungan dengannya dan keluarga. Saya tak henti-henti berdoa agar nenek dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik kerana saya nak jaga dia… nak cuba bimbing dia kelak,” katanya.
Sekadar membuat perkongsian mengenai secebis kisah hidupnya di TikTok, Aliah meluahkan rasa terharu kerana menerima komen positif netizen yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya. “Selain kawan-kawan dan keluarga angkat, komen-komen positif netizen sedikit sebanyak mengubati kesedihan dan menjadi penguat semangat saya.
Aliah (belakang, dua dari kanan) bersama keluarga angkat yang memeliharanya selama 10 tahun.
“Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana mendoakan perjalanan hijrah saya. Apa yang saya harapkan, orang bukan Islam jangan salah faham antara Melayu dan Islam. Selalu ada tanggapan kepada orang macam saya dan kata pilih agama Melayu… Melayu hanya kaum, sedangkan Islam itu agama yang sangat mudah.
“Akhir sekali, saya harap nenek akan terima saya semula. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain bersatu semula dengan nenek,” katanya lagi.
Sumber:sinar nasional.com
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
tauladan2 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi2 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan2 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized6 months ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI1 year ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan2 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global5 months ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah