Connect with us

ilmu

Ini perkara yang anak sulung sembunyikan daripada kita

Published

on

Ini perkara yang anak sulung sembunyikan daripada kita

Anak sulung nak sangat merasa disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu dia. Anak sulung nak sangat diberitahu dan diucapkan “Ibu sayang kamu” walaupun umur dia sudah meningkat dewasa

Anak sulung juga nak sangat kita bangga dengan pencapaian dia walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya. Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata dia dengan penuh kasih sayang seperti mana kita tatap dia sewaktu pertama kali kita melahirkannya

Anak sulung juga sangat nak merasa kita gembira dengan kehadiran dia sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita. Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya menjaga kesemua adik beradiknya

Anak sulung nak sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain tidak mengurangi kasih sayang kita kepada dia.

Penuhilah tangki emosi anak sulung dahulu, insyaAllah anak sulung yang penuh tangki emosinya akan mampu menyayangi kesemua adik beradik tanpa banyak bicara

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending