keluarga
Adik bongsu sanggup derma buah pinggang demi menyelamatkan abang, kisah ini buat netizen sebak

Adik bongsu sanggup derma buah pinggang demi menyelamatkan abang, kisah ini buat netizen sebak
DERITA sakit buah pinggang pada usia muda bukannya sesuatu mudah untuk ditanggung. Apatah lagi, disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap lima secara mengejut, satu perkhabaran yang terlalu sukar untuk dihadam.
Luahan Zulkifli Ayub dalam akaun Facebook memberitahu, simptom awal seperti muntah teruk tanpa henti dan loya menjadi petanda buruk buatnya. Selepas dirujuk ke pihak hospital pada Ogos 2020, doktor memaklumkan dirinya mengalami masalah buah pinggang tahap kritikal.
buah pinggang
Ketika itu katanya, rawatan dialisis perlu dilakukan segera demi menyelamatkan nyawa. Kongsi penuntut jurusan perubatan itu lagi, antara rawatan terbaik bagi masalah kegagalan buah pinggang adalah pemindahan buah pinggang.
“Pejam celik pejam celik, hampir tiga tahun aku berdialisis 4 kali sehari. Sejak tahun ke-3 medik, sekarang dah tahun ke-5, tahun akhir,” tulisnya.
Apa yang membuatkan netizen terharu apabila pemuda tersebut memberitahu, adik bongsunya sanggup untuk mendermakan buah pinggang kepada beliau.
buah pinggang
“Ni adik bongsu aku yang tercinta. Dia berhasrat untuk mendermakan satu buah pinggangnya kepada aku yang hina ini. Namun, dia perlu menurunkan berat badannya dahulu.
“Doktor bagi beberapa bulan kepada dia untuk turunkan berat badannya sebanyak 10kg. Dia dah cuba beberapa kali sebelum ni, tapi berat naik kembali,” tulisnya.
Akui bukan mudah untuk menurunkan berat badan ideal, pemuda tersebut memohon orang ramai supaya dapat memberikan kata-kata semangat buat adiknya.
“Adik aku ni hebat. Bukan calang-calang orang ada keberanian nak derma waktu hidup. Sekarang tengah follow up dekat HRPZ, Kota Bharu. Terima kasih buat rakan-rakan yang menyokong dan memberi kata-kata semangat selama ni,” katanya.
Rata-rata pengguna Facebook yang mengikuti perkongsian tersebut turut mendoakan urusan dua beradik tersebut dipermudahkan. Tidak mudah berputus asa dan yakin dengan ketentuan ALLAH, insya-ALLAH semuanya akan dipermudahkan.
Sumber: Sinarplus
-
tauladan2 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi2 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan2 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized5 months ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI1 year ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan2 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global3 months ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah