keluarga
Ibu Depresi, Peguam Syarie Dedah Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan

Ibu Depresi, Peguam Syarie Dedah Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan
BARU-BARU ini panas di laman sosial mengenai isu d3presi yang dialami oleh suri rumah. Pendebatan hangat mula tercetus apabila seorang wanita dikenali Bunga Ayu Dewi tampil mendedahkan masalah depresi yang dialami suri rumah tangga adalah benar-benar berlaku dan jarang dipandang oleh orang ramai.
Menerusi perkongsian sebuah video pendek di Instagram (IG), Bunga dilihat tidak dapat menahan air mata dan menyatakan tugasan untuk mengurus anak kecil terutamanya sangat memenatkan.
“Kita memang sayang setengah m4ti pada anak-anak dan sebolehnya ingin memberi yang paling terbaik. Tetapi untuk menguruskannya siang dan malam sangat melelahkan dan memerlukan semangat yang tinggi.
“Isteri yang hanya duduk di rumah cenderung mudah terkena d3presi dibandingkan ibu yang bekerja. Mereka jarang tersenyum atau ketawa, mendapat kedamaiannya pun sangat susah.
“Mungkin ibu akan merasa bahagia jika tugasan sehariannya dihargai. Kerjasama daripada suami dan masyarakat amat penting untuk emosi ibu,” catatnya di dalam video tersebut.
Selain itu, Bunga turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memperlekehkan tugasan ‘housewife’ dan memandang ringan dengan masalah depresi. Nampak remeh, ini perkara wajib beritahu anak-anak bentuk peribadi
Ini realiti. Mmg kebanyakan klien perempuan sy mohon cerai antara sebabnya mengandung,pantang, jaga anak smua buat sendiri.Suami xtolong.Ada suami siap berjudi lg.
Sng ckp klau depress jgn buat anak tp nnti kalau tolak ajakan suami,kata nusyuz plak. https://t.co/mSr8gVm38M
— Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) October 25, 2021
Isu tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah seorang Peguam Syarie yang dikenali Atikah yang tampil mengulas lanjut. Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Atikah berkata masalah seperti itu memang benar berlaku.
Katanya, rata-rata klien wanita yang datang mengfailkan kes penceraian adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada suami dalam tugasan rumah tangga.
“Ini realiti. Memang kebanyakan klien perempuan saya mohon cerai antara sebabnya mengandung, pantang, jaga anak semua buat sendiri. Suami tak tolong. Ada suami siap berjudi lagi,” ujarnya.
Malah ceritanya lagi, permasalahan mula timbul apabila tanggungjawab untuk menjaga anak diserahkan bulat-bulat pada isteri. Pelbagai reaksi warga maya memberi respon terhadap pendedahan berkenaan. Seorang lelaki tampil memberikan komen tanpa rasa simpati mengeluarkan kenyataan dengan melarang wanita terbabit daripada mengandung.
Ulas Atikah lanjut, menjadi seorang isteri bukan semudah seperti yang diperkatakan. Si isteri akan dikenakan hukum nusyuk apabila menolak ajakan suami melakukan hubungan intim.
View this post on Instagram
“Senang cakap kalau d3press jangan buat anak tapi nanti kalau tolak ajakan suami, kata nusyuz pula.
“Lastly, isteri juga jadi m4ngsa. Tolak buat hubungan kelamin dikata nusyuz, bila mengandung, beranak, pantang, jaga anak, isteri juga seorang yang buat. Jadi isteri ini bukan mudah ya seperti dikatakan. Syurga pada suami, tapi kadang-kadang ada yang tak bernasib baik terasa seperti di n3raka,” katanya
sumber: bungaayu, Peguam Syarie Atikah via majalahperdana
-
tauladan2 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi2 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan2 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized5 months ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI1 year ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan2 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global3 months ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah