ada-ada saja
Lelaki ini pura2 pengsan depan kereta dirakam netizen.”Setiap kereta kena pasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga”

Lelaki ini pura2 pengsan depan kereta dirakam netizen.”Setiap kereta kena pasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga”
Peningkatan kes penipuan scammer yang melibatkan rakyat negara kita kini dilihat semakin membimbangkan. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.
Ironinya, jenayah ini tidak kenal mangsa apabila hampir semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa sindiket yang sangat licik ini. Namun bagi kisah ini pula, ia membabitkan penipuan di atas jalan raya untuk mendapatkan claim insurans pengguna kenderaan yang terbabit. Hal ini sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ikkk247, kelihatan seorang pakcik tidak dikenali berpura-pura pengsan di tengah jalan menghalang sebuah kereta sehingga menyebabkan kereta tersebut tidak dapat lalu.
Jika diperhatikan dengan lebih teliti video tersebut, dilihat lelaki tidak dikenali ini bangun semula daripada pura-pura pengsan dan terus marah owner kereta merah tersebut. Apa yang lebih mengejutkan bila lelaki ni tarik dan hempas ‘wiper’ kereta tu dengan sangat kasar dan ganas.
Di samping itu, netizen ini juga sempat merakam yang lelaki ni cuba untuk halang laluan kereta merah tu dari bergerak ke laluan jalan yang lain.
Perbuatan tidak bermoral pakcik ini telah menyebabkan dirinya di dalam keadaan bahaya dan juga menyusahkan pemandu lain. Mana tidaknya, ‘drama’ lelaki ni buat tengah-tengah jalan dah menyebabkan kesesakan jalan dan kereta belakang langsung tak boleh bergerak.
Video
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 877.9K tontonan, 79.7K tanda suka, 1188 komen dan 1400 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut kerana taktik ini hanya ada kat luar negara je, rupanya dah sampai ke Malaysia.
Dalam masa yang sama, para netizen juga mencadangkan agar setiap kereta memasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga jikalau kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.
“Taktik mcm ni memang selalu ada.. sama ada dia nk fitnah awk langr dia, atau dia nk rompak..”
“Dashcam mcm dah wajib dah sekarang ni. Takutt”
Sumber: yoy.my
-
tauladan3 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan3 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized1 year ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI2 years ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan3 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global1 year ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah