cerita
Masih Menunggu Pesanan Teh Ais & Apam Balik, Isteri Trauma Suami ‘Pergi’ Selepas Dua Hari Nikah

Masih Menunggu Pesanan Teh Ais & Apam Balik, Isteri Trauma Suami ‘Pergi’ Selepas Dua Hari Nikah
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan sebuah perhubungan yang kekal sehingga ke syurga malah banyak perancangan yang dirancang untuk dilakukan bersama-sama.
Namun ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman,20 berada dalam keadaan trauma setelah kehilangan suami tercinta selepas dua hari bergelar suami isteri mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, suaminya Muhammad Mustaqim Mustafa,25 terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar di sebuah restoran kira-kira jam 1.10 tengah hari semalam.
Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu.
“Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arwah keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, jam 12 tengah hari semalam.”
“Sharifah Erin atau lebih mesra dengan panggilan Erin sudah tahu suaminya meninggal dunia semalam, tetapi masih menunggu arwah pulang membawa pesanan,” kata ibu kepada Allahyarham.
Ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Zaiton Yusof, 57 juga berkata menantunya sempat menatap kali terakhir wajah suaminya sebelum pengebumian dilakukan namun masih menanti pesanan teh ais dan apam balik dari allahyarham Mustaqim.
“Dia juga bersama kami dan adik beradik arwah menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.” Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam,” jelasnya.
“Sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya pagi ini, Erin beberapa kali berpesan supaya meminta Muhammad Mustaqim mengambilnya,” katanya.
Zaiton berkata, arwah anaknya juga tidak sempat menyiapkan rumahnya sendiri walaupun barangan pembinaan sudah dibeli.
“Arwah bercadang untuk berpindah ke rumah sendiri selepas selesai majlis sambutan menantu bulan depan,” ujarnya lagi.
Sumber: you.my
-
tauladan3 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan3 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized1 year ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI2 years ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan3 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global1 year ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah