Uncategorized
Prank Sambil Sedekah, Cara Pemuda Ini Bersedekah Pada Lelaki Sedang Tidur Raih Perhatian Ramai

Prank Sambil Sedekah, Cara Pemuda Ini Bersedekah Pada Lelaki Sedang Tidur Raih Perhatian Ramai
Sering kali kita lihat di media sosial dimana ramai ‘content creator’ atau influencer sepertu youtuber, tiktokers membuat content yang dianggap ‘sampah’ oleh netizen. Manakan tidak, banyak content yang dilakukan boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri serta orang ramai bahkan ada juga content yang mengaibkan orang lain dan agama.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membuat prank sambil bersedekah meraih pujian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidanmrz, dapat kita lihat seorang anak muda menghampiri seorang lelaki yang sedang tidur lalu meletakkan belon di sebelahnya. Kemudian, pemuda tersebut berpura-pura berlakon dan mengejutkan lelaki yang sedang tidur itu.
Lelaki berkenaan yang baru sahaja dikejutkan dari tidur kehairanan dan menjelaskan kepada pembeli (lelaki yang berpura-pura) bahawa dia bukan penjual kepada belon berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki yang melakukan prank itu tetap memberikan sejumlah wang dan membawa kesemua belon itu pergi.
Apabila pemuda itu berlalu pergi, riak wajah lelaki tersebut jelas menunjukkan bahawa dia sedang kebingungan dengan apa yang berlaku.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan prank yang dilakukan oleh pemuda ini sangat unik bahkan merupakan prank yang boleh diterima ramai.
“Satu-satunya prank yang kami patut terima,” -Netizen
Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan rezeki sememangnya tak salah alamat bahkan melabel lelaki tersebut sebagai seorang yang jujur kerana dia memaklumkan bahawa dia bukanlah penjual belon itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki asbab bersedekah kepada orang lain.
Antara komen warga maya:
“salah satu cara sedekah yang unik”
“the real ‘tidurlah, mana tahu bila bangun ada orang bagi duit’”
“jujur, nak ambil duit pun ragu2 sebab belon tu bukan haknya”
Sumber: yoy.my
-
tauladan3 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan3 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized1 year ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI2 years ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan3 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global1 year ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah