Connect with us

Uncategorized

(video) Sudah 13 Tahun Tinggal Dlm Stor Barang, Hanya Makan Nasi Berkuahkan Air Garam

Published

on

(video) Sudah 13 Tahun Tinggal Dlm Stor Barang, Hanya Makan Nasi Berkuahkan Air Garam

Kuala Krai: Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.

Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cek4l meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.

Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menvmpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kem4tian kedua orang tuanya.

“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.

“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.

Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makanannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.

Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terpvtus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.

“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada peny4kit d4rah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.

“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditengg3lami b4njir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyel4matkan diri.

Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

Sumber: Harian Metro via majalah perdana

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending