global
Penduduk gem.par temui lub4ng benam misteri sedalam 200 Meter di sebuah lombong di Chile. “Ia masih aktif dan saiznya makin membesar”

Penduduk gem.par temui lub4ng benam misteri sedalam 200 Meter di sebuah lombong di Chile. “Ia masih aktif dan saiznya makin membesar”
CHILE – Saintis kini sedang menyiasat penemuan sebuah lubang benam gerg4si yang didakwa semakin membesar oleh penduduk tempatan utara negara itu, lapor Unilad. Lubang mist3ri bersaiz gergasi itu ditemui di wilayah Atacama, berhampiran lombong tembaga Alcaparrosa dan kini berukuran 25 meter lebar serta 200 meter dalam.
Datuk Bandar, Cristobal Zuniga berkata bahawa pasukannya telah menerima aduan mengenai kemunculan lubang itu pada Sabtu (30 Julai) lalu berhampiran dengan lombong Alcaparrosa.
“Ia masih aktif dan saiznya makin membesar. Itu adalah penemuan yang tidak pernah terjadi dalam komuniti kami sebelum ini,” ujarnya.
Gesa kajian dilakukan
Sementara itu, pegawai wilayah Atacama, Gerardo Tapia dilaporkan telah mengarahkan pihak Geologi Negara dan Perkhidmatan Perlombongan untuk mengkaji punca kemunculan lubang misteri itu. Para pegawai diarahkan untuk terus memantau keadaan lubang tersebut.
Pemilik lombong berhampiran lubang g3rgasi itu memberitahu bahawa segala kerja perlombongan di kawasan tersebut juga telah ditunda.
“Sejurus lubang gergasi dikesan, kawasan perlombongan segera dikosongkan dan pihak berkuasa turut bertugas dalam mengawal selia kawasan tersebut. Tiada sebarang kec3deraan melibatkan kakitangan, peralatan atau infrastruktur telah dilaporkan.
“Lubang mist3ri itu kekal stabil sejak dikesan. Syarikat Minera Ojos del Salado sedang menjalankan analisis teknikal dan mengumpul maklumat bagi menentukan punca kejadian,” ujar pemilik lombong.
Walau bagaimanapun, penemuan lubang gergasi itu bukan pertama kali dilaporkan di dunia. Sebelum ini, para saintis dari beberapa negara lain juga pernah menjumpai lubang gergasi misteri di negara mereka.
Pada bulan Mei lalu, sebuah lubang gergasi yang berisi hutan sedalam 630 kaki telah ditemui oleh para saintis di China. Lubang gergasi yang ditemui itu dipenuhi dengan pokok dan tumbuhan purba yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
Lubang itu telah ditemui di daerah Leye, Guangxi Zhuang China oleh peneroka gua. Menurut peneroka, mereka menemukan tiga pintu masuk ke dalam gua sepanjang 1,004 kaki dan 492 kaki lebar.
Ketua ekspedisi itu berkata bahawa dia langsung tidak terkejut apabila mengetahui wujudnya spesies tumbuhan dalam gua itu yang tidak pernah ditemui atau diterangkan oleh sains.
Hutan itu dianggarkan memiliki ketinggian setinggi 130 kaki. George Veni, Pengarah Eksekutif Institusi Penyelidikan Gua dan Karst Negara memberitahu bahawa lubang besar yang ditemui berbeza-beza pada setiap negara adalah disebabkan perbezaan geologi, iklim dan faktor muka bumi.
A cave exploration team discovered a giant sinkhole in southern China, bringing the number of such sinkholes in the county to 30. pic.twitter.com/a4IVFogIG9
— South China Morning Post (@SCMPNews) May 11, 2022
“Di China, karst yang ditemui sangat menakjubkan dari segi visual dengan saiz lubang yang besar malah memiliki pintu masuk gua dan sebagainya.
“Di bahagian lain di dunia, anda berjalan keluar di karst dan mungkin tidak berasa apa-apa kerana lubang yang ada hanya bersaiz satu atau dua diameter.
“Pintu masuk ke dalam gua mungkin sangat kecil, jadi anda perlu memuatkannya agar dapat menelusuri ke dalamnya,” ujarnya.
sumber: Unilad via siakapkeli
-
tauladan3 years ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
global2 years ago
Terkenal Antara Yang Paling Cantik Dan Mahal Di Dunia, ‘baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW’ Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi3 years ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan3 years ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
Uncategorized1 year ago
BeIum Semp4t Baby Minum Susu, Mama Pergi TinggaIkannya SIepas 3 Hari Melahirkan
-
INSPIRASI2 years ago
Pelakon ‘Ali S3t4n’ Azmil Mustapha Meningg4l Dunia…Pergi Sebagai Pendakwah. Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”
-
tauladan3 years ago
Perpisahan Selama Setahun Demi Tugas Pada Negara Bertukar Menjadi Perpisahan Selamanya. Suami Sedih Balik Disambut J4sad Isteri Yang Sudah Tidak Berny4wa
-
global1 year ago
Wanita Berdepan Detik C3mas, Apabila Dis3rang Anj!ng Peliharaan Sendiri Hingga C3dera P4rah