Connect with us

pengetahuan

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri, Baik Untuk Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumahtangga Kita Sendiri. Ini Kesilapan Kebanyakan Suami Pada Hari Ini

Published

on

Berdikari Ni Baik Untuk Isteri, Baik Untuk Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumahtangga Kita Sendiri. Ini Kesilapan Kebanyakan Suami Pada Hari Ini

Tuan bagaimana saya nak failkan permohonan perceraian ya. Suami saya tidak bersetuju untuk berpisah tapi saya inginkan perpisahan ini berlaku. boleh ceritakan sebab kamu nak bercerai ni?

Saya dah tak da rasa cinta dengan suami. selama ini saya dah terbiasa melakukan tugasan dan tamggungjawab dalam rumah tangga sendiri tanpa di bantu suami.Suami tak pernah ingin membantu atau pun melaksanakan tanggungjawabnya.jadi saya inginkan penceraian. Saya tak nak hidup lagi dalam d3rita. Saya tak perlukan suami untuk menguruskan hal-hal kebajikan saya dan anak-anak, sebab saya boleh melakukannya sendiri.

Sahabat-sahabat yang saya muliakan,

Di dalam rumah tangga, sepasang suami isteri sepatutnya tahu akan peranan dan tanggung jawab masing masing.
Perkahwinan yang dibina bukan sahaja bersandarkan pada percintaan semata-mata, tetapi terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Malah pengorbanan tersebut perlu lah sama rata antara suami dengan isteri supaya perkahwinan tersebut seimbang, tidak berat sebelah.

Jika si suami sahaja yang memimpin keluarga tanpa si isteri di sisi, sudah tentu senget sebelah bahtera perkahwinan tersebut. Seperti kapal dilautan, jika dikendalikan keseorangan sudah pasti sangat berat beban untuk dipikul. Oleh kerana itu perlunya pembantu untuk menolong menunjukkan ke arah yang betul untuk ditujui. Begitu juga dalam perkahwinan.

Bila mana seorang isteri itu mampu menguruskan anak-anak dengan sendirinya, mampu pergi ke mana-mana dengan sendirinya, mampu beli itu ini dengan sendirinya lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI.

1. Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI tu perlu seimbang.Kita TAK BOLEH bagi all out 100%. Perlu simpan sedikit, mungkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan.

2. Ataupun 30% daripada isteri, 70% daripada suami. Sama juga keadaannya untuk suami, suami tak boleh buat semuanya sendiri, ada juga perkara yangg perlu diajar dan suruh isteri untuk buat, supaya kalau jadi sesuatu kepada diri kita, sekurang-kurangnya isteri ada asas untuk menapak meneruskan hidup.

3. Bila peratusan kerja lebih kepada isteri, isteri yang banyak memberi, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih. Terlalu banyak yang dia dah sumbang dan buat untuk rumah tangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tangan dan menjadi tak bertanggungjawab.

4. Kita akan jadi selesa dan bila kita selesa, apa yang kebiasaannya kita jadi? Kita lupa diri, kita alpa dan kita dah tak nak buat dah apa yang isteri selalunya buat walaupun itu sebenarnya tugas kita sebagai seorang suami.

5. Isteri memang banyak perkara yang dia boleh buat sendiri. Walaupun pada permulaannya dia kurang mahir, tapi bila dah selalu buat, dia akan mahir. Tapi dia tetap seorang isteri, seorang perempuan yang mempunyai naluri bahawa, apa yang dibuatnya itu hanyalah sebagai satu bentuk pertolongan kepada si suami. Iaitu pertolongan yang sementara.

Berdikari ni baik untuk isteri, baik untuk suami tapi kurang baik untuk rumahtangga kita sendiri. Ini kesilapan kebanyakan suami pada hari ini. Terlalu membiarkan isteri berdikari sehingga isteri selalu berfikir, “Untuk apa aku ada suami…”

Pokok pangkalnya, manusia memerlukan kasih sayang. Hubungan suami isteri bukan sekadar duduk di bawah satu bumbung yang sama dan mempunyai hubungan intim. Ia adalah lebih kompleks dari itu. Lelaki dan wanita sayang-menyayangi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi dan ‘keperluan untuk berkasih sayang’.

Sumber:facebook

Apa kata anda?Dah baca sila share,like da komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending