Connect with us

pengetahuan

Rugilah Jika Bapa Lebih Utamakan Handphone. Sedarlah Wahai Bapa Bapa Di Luar Sana, Anda Adalah Superhero di Mata Mereka

Published

on

Rugilah Jika Bapa Lebih Utamakan Handphone. Sedarlah Wahai Bapa Bapa Di Luar Sana, Anda Adalah Superhero di Mata Mereka

Dia tak tahu si anak lebih dengar cakap dia:

  • si ibu bebel dari pagi sampai malam
  • si ibu nasihat tak berhenti
  • si ibu dari pagi suruh mandi
  • si ibu mulutnya tak pernah berhenti nasihat

Last sekali si ayah berdehem satu kali je, semua anak jadi macam askar. Senang pula ikut kata si ayah

Si ayah tak tahu si anak idolakan dia:

  • saya nak jadi macam ayah
  • saya nak kahwin dengan lelaki macam ayah
  • saya nak kerja macam ayah
  • cita cita saya nak jadi macam ayah saya

Si ayah tak tahu anak anak lebih utamakan dia:

  • anak lebih suka ikut ayah pergi jalan
  • anak lebih suka ayah dia temankan
  • anak lebih cari ayah bila nak bermain
  • anak ni bila jumpa ayah wajah ceria semacam

Tapi bila lapar, bila sakit, selsema, demam emak juga yang dicarinya

Ruginya si bapa yang utamakan handphone. Ruginya si bapa yang utama game. Rugi sangat. Dia tak tahu di sekolah si anak banyak bercerita tentang dia. Semua mengaku bapa dia lah paling hebat. Anak bukan tahu sangat ayah kerja apa. Bukan tahu sangat karier ayah dia tapi bila bercerita tentang ayahnya, dengan wajah penuh bangga si anak akan bercerita

  • ayah saya paling hebat
  • ayah saya pandai berenang
  • ayah saya paling gagah berani
  • ayah saya boleh makan banyak pinggan

Rugi lah ayah yang tak luangkan masa dengan anak anaknya sebelum anak anak mereka meningkat dewasa. Sedarlah wahai bapa bapa di luar sana, anda adalah Superhero di mata mereka.

Kredit: Taufiq Razif

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending