Connect with us

pengetahuan

Masya Allah, Tulisan “Allah” Pada Ku bur Tamadun Viking. Hasil Siasatan Saintis Lebih Mengejutkan Lagi

Published

on

Masya Allah, Tulisan “Allah” Pada Ku bur Tamadun Viking. Hasil Siasatan Saintis Lebih Mengejutkan Lagi

Sekumpulan ahli sejarah Sweden terkejut apabila menemui tulisan “Allah” dalam satu ku bur tamadun Viking usia ribuan tahun yang dibongkar oleh mereka. Bila bawa ke makmal, saintis temui “sesuatu” yang lebih mengejutkan lagi. Subhanallah Allahuakbar.

Ahli sejarah Sweden terkejut

Bila Penyelidik di Sweden menjumpai perkataan arab disulam pada beberapa persalinan pengebumian yang diambil dari ku bur berupa bot dari tamadun Viking. Penemuan tersebut menimbulkan beberapa persoalan baharu, terutamanya mengenai pengaruh dan peranan agama Islam di Scandinavia.

Temui perkataan arab

Menurut BBC, hasil laporan wartawan Tharik Hussain cuba menyingkap rahsia persalinan tersebut yang tersimpan lebih 100 tahun, malah ia bukannya persalinan peng3bumian biasa. Ku bur-ku bur berkenaan yang kesemuanya dari abad ke-9 dan ke-10, mempunyai bukti mendalam mengenai kaitan antara tamadun Viking dan dunia Islam.

Perkataan ‘ALLAH’ adalah antara perkataan yang disulam dengan benang perak dan sutera pada persalinan-persalinan berkenaan. Penemuan tersebut dipelopori ahli arkeologi, Annika Larsson dari Universiti Uppsala ketika memeriksa persalinan peng3bumian untuk bot lelaki dan wanita, termasuk makam yang mula-mula dikorek di Birka dan Gamla Upsala lewat abad ke-19 dan ke-20.

Annika tertarik dengan persalinan berkenaan selepas mendapati bahan digunakan, sah berasal dari Asia Tengah, Persia dan China. “Saya tak pasti ketika mula-mula ternampak corak tersebut, kemudian teringat melihat corak berkenaan di Sepanyol, pada kain Moorish,” kata Annika.

Penemuan penuh teka teki

Annika kemudian sedar bahawa beliau bukan melihat pada corak yang mempunyai pengaruh Viking, tetapi ia mempunyai unsur skrip Arabik Kufic kuno. Disamping itu, terdapat dua perkataan yang asyik berulang. Salah satunya adalah ‘Ali’ selepas mendapat pertolongan rakan arkeologi dari Iran.

Perkataan kedua pula lebih rumit untuk ditaksirkan, tetapi selepas diperiksa dari semua sisi, barulah Annika sedar. “Saya ternampak perkataan ‘ALLAH’ tertulis dengan cara pantulan cermin (terbalik)’,” kata Annika. Annika kemudian menemui nama-nama tersebut berulang sekurang-kurangnya 10 kali pada 100 serpihan artifak yang beliau periksa. Penemuan tersebut menyebabkan soalan baharu timbul; siapakah gerangan individu yang dik3bumikan?

Peng3bumian individu misteri

“Kemungkinan yang tertanam dalam ku bur tersebut adalah seorang Muslim tidak boleh ditolak,” kata Annika. Kita tahu dari makam Viking yang lain, analisis DNA menunjukkan beberapa individu yang dikebumikan datang dari Persia, lokasi di mana agama Islam adalah dominan.

“Namun begitu, (tidak mustahil) penemuan ini membuktikan tradisi pengebumian semasa era Viking dipengaruhi oleh idea Islam seperti kehidupan kekal di syurga selepas m4ti,” jelas Annika. Pasukan Annika kini bekerjasama dengan jabatan immunologi, genetik dan pathologi dari universitinya untuk mengesan asal-usul m4yat yang memakai persalinan tersebut.

Terbaru dalam sejarah

Pada Annika, penemuannya menjadikan sesuatu yang pasti pada masa hadapan.“Sekarang saya mula memandang corak Viking dengan pandangan berbeza. Saya yakin saya akan menemui lebih banyak tulisan Islamik dari penemuan ini, dan kain era Viking yang lain. “Siapa tahu, mungkin ia juga akan muncul di artifak selain daripada kain?” kata Annika.

Sumber:myinfomaya

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending