Connect with us

semasa

Ibu Tekad Tinggal Di Dalam Kereta Selama 40 Hari Dek Terasa Hati Dengan Anak Dan Menantu

Published

on

Ibu Tekad Tinggal Di Dalam Kereta Selama 40 Hari Dek Terasa Hati Dengan Anak Dan Menantu

“Ada perkara yang mereka katakan pada saya sehingga saya berk3cil hati. Jadi, lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu meng4nggu mereka,” itulah luahan seorang wanita tua yang tinggal di dalam Produa Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.

Seorang wanita berusia 51 tahun yang enggan namanya disiarkan mengambil keputusan nekad untuk tinggal di dalam kereta selepas berk3cil hati dengan anak serta menantunya sejak 40 hari lalu. Warga emas itu mahu keluar dari kawasan terbabit namun keretanya tidak boleh bergerak membuatkan dia terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.

Selain memberikan makanan, mereka juga ada menawarkan wanita itu untuk tinggal bersama mereka tetapi dia menolak dek kerana tidak mahu menyus4hkan mereka. Oleh sebab itu, penduduk kawasan berkenaan menghubungi LZS untuk bantu wanita berkenaan.

Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Klang, Mohd Shahril Ritin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi parkir di pangsapuri tersebut selepas mendapat maklumat pada 19 Ogos lalu..“Kebetulan terdapat sebuah rumah sewa di kawasan berdekatan. Kami terus sewa rumah itu dengan membantu membayar wang pendahuluan serta bulanan.”

“Selain itu, wanita terbabit turut menerima bantuan kec3masan zakat sebanyak RM500 bagi memulakan hidup,” katanya. Warga emas tersebut berterima kasih kepada LZS kerana menyewakan rumah untuknya dan dia masih dalam proses mencari kerja. Jika diberi peluang, dia ingin membuka gerai masakan.

Sumber: Harian Metro

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending