berita
30 Tahun Menanti, Warga Emas Jaga Anak OKU Menangis Dapat Bekalan Air Bersih

30 Tahun Menanti, Warga Emas Jaga Anak OKU Menangis Dapat Bekalan Air Bersih
Seramai 150 penduduk Kampung Tok Puchong di Kelantan meluahkan rasa syukur apabila penantian lebih 30 tahun untuk mendapatkan bekalan air paip akan berakhir. Menerusi laporan Harian Metro, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menyalurkan bekalan air ke sembilan kediaman sebagai permulaan.
Menangis dapat bekalan air bersih
Bagi salah seorang penduduk, Ismail Hamat, 67, berkata, sebelum adanya saluran air paip, dia terpaksa berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah.
Tidak menyembunyikan rasa terharunya, warga emas ini sehingga mengalirkan air mata kerana kini dia dan keluarga tidak perlu risau lagi mahu menggunakan air dan boleh mandi beberapa kali.
“Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini…”
Ulang-alik angkut air
Tambah Ismail lagi, pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan kerana dapat dicuci dengan air bersih. Sebelum ini, media melaporkan warga emas ini perlu berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya.
Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris)
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
motavasi10 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
global2 months ago
Paling Cantik Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
tauladan10 months ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
tauladan7 months ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
AGAMA10 months ago
Hukum Akad nikah online TIDAK SAH. Ini sebabnya
-
AGAMA11 months ago
baca Surah Az-zalzalah 3 Kali,Untuk Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya
-
AGAMA9 months ago
Amalkan Surah ini Selepas Subuh, Insya’Allah, Wajah Berseri Seri
-
AGAMA10 months ago
Berselawat Keatas Nabi 80 kali, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat