ilmu
(Video) “30 Hingga 60 Saat Adalah Tempoh…”, Ini “Step By Step” Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kereta Terjunam Dalam Air

(Video) “30 Hingga 60 Saat Adalah Tempoh…”, Ini “Step By Step” Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kereta Terjunam Dalam Air
Tiada sesiapa mahu terp3rangkap dalam situasi c3mas yang boleh mer4gut nyawa. Tragedi kereta terjunam di dalam sungai Batang Lupar semalam sehingga menyebabkan sembilan kem4tian pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua.
Namun, mungkin tidak ramai yang sedar apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut. Menurut ABC News, m4ngsa hanya mempunyai masa 30 saat untuk keluar dengan selamat sebelum air memenuhi kereta.
Malah, kita juga dilarang untuk membuat panggilan kec3masan terlebih dahulu, sebaliknya berusaha untuk keluar dari kenderaan.
“Sangat kritikal untuk keluar secepat mungkin bila saja anda sedar kereta di dalam air,” kata Geoff Fahringer, Sheriff’s Dept, Naples, FL. 30 hingga 60 saat ialah tempoh anda perlu keluar dari kenderaan,” kata Dr Gordon Giesbrecht dari University of Manitoba.
Dalam ujikaji tindakan ketika kereta jatuh ke dalam air, sepasukan penyelam yang menaiki kenderaan telah melakukan prosedur seperti berikut semasa kereta mereka tenggelam iaitu,
- Buka tali pinggang keselamatan
- Turunkan tingkap
- Keluar daripada kenderaan
Melalui ujian ke atas kenderaan dengan empat penumpang, kesemua mereka mengambil masa kira-kira 20 saat untuk menyelamatkan diri selepas ‘berlawan’ dengan arus air yang masuk melalui tingkap.
Selamatkan anak paling tua
Bagi kenderaan yang mempunyai penumpang kanak-kanak pula, selamatkan anak yang paling tua terlebih dahulu dan anak paling muda yang terakhir. Prosedur ini untuk meningkatkan peluang selamat bagi kesemua mereka.
Jangan buat perkara ini dalam kenderaan yang sedang tenggelam
1. Jangan sentuh telefon
Kesilapan utama yang ramai lakukan ialah membuat panggilan kec3masan kerana ia bukan masa yang sesuai. Berdasarkan laporan itu, ramai mangsa yang cuba membuat panggilan kecemasan ketika kereta sedang tenggelam. Namun, ia bukan tindakan yang tepat.
“Jadi perkara pertama, jangan sentuh telefon. Jangan telefon 911 (talian kecemasan) dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam,” kata Dr Gordon.
2. Jangan buka pintu kereta.
Hal ini kerana arus air akan menolaknya tertutup kembali serta boleh menyebabkan kereta lebih cepat tenggelam, membuatkan anda mungkin tidak sempat keluar daripada kenderaan itu dengan segera.
3. Jangan tunggu kereta tenggelam ke dasar
Tambah Gordon, saranan untuk membiarkan kereta t3nggelam ke dasar (agar tekanan air di dalam dan luar kenderaan adalah sama) sebelum membuka pintu adalah satu salah faham semata-mata.
“Ia terlalu lambat,” katanya.
Bagaimana pula dengan kenderaan yang menggunakan power window?
Anda boleh mendapatkan alat pemecah tingkap (boleh dibeli di Shopee) untuk memudahkan diri. Mungkin anda juga perlu menyimpan alat pemotong tali pinggang di dalam kenderaan jika berlaku kec3masan.
Moga kita semua terpelihara daripada sebarang marabahaya. Tonton video di bawah dengan sarikata bahasa Melayu yang disediakan oleh Public Health Malaysia.
Video penuh di sini:
Sumber:siakapkeli
Apa kata andaDah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
motavasi10 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
global2 months ago
Paling Cantik Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
tauladan10 months ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
tauladan7 months ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
AGAMA10 months ago
Hukum Akad nikah online TIDAK SAH. Ini sebabnya
-
AGAMA9 months ago
Amalkan Surah ini Selepas Subuh, Insya’Allah, Wajah Berseri Seri
-
AGAMA11 months ago
baca Surah Az-zalzalah 3 Kali,Untuk Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya
-
AGAMA10 months ago
Berselawat Keatas Nabi 80 kali, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat