Connect with us

berita

Imam Masjid Negeri Selangor, Abdul Karim Omar Disahkan P0sitif COVID-19

Published

on

Imam Masjid Negeri Selangor, Abdul Karim Omar Disahkan P0sitif COVID-19

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut p0sitif v!rus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisik0 Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif j4ngkitan tersebut.

Katanya antara g3jala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering. Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penul4ran pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.

Sumber: siakapkeli

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending