hiburan
Wawa Zainal Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Bahagia Dan BerjayaWawa Zainal Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Bahagia Dan Berjaya

Wawa Zainal Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Bahagia Dan Berjaya
Ekoran isu ‘jangan dakwah dan galakkan orang muda kahwin awal kerana ia tidak akan kekal lama’ yang dibangkitkan oleh warganet tempoh hari, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan kenyataan tersebut.
Antaranya, salah seorang pelakon dan usahawan terkenal iaitu Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih mesra digelar Wawa Zainal. Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, dia berjaya membuktikan berkahwin pada usia muda bukan penghalang untuk dirinya hidup bahagia atau penyebab dibelenggu kesusahan.
Bagi Wawa, setiap perkara yang pernah diperkatakan oleh orang lain itu menjadikan dia seorang individu yang kuat serta gigih berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan.
“Pernah tak orang pandang rendah pada kalian? Saya juga pernah. Tapi kata-kata mereka itu, kita jadikan semangat untuk berusaha lebih lagi. Jangan pernah murung. Dan ketika kita dah capai apa yang diimpikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah s0mbong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Masih segar dalam ingatan Wawa, apabila ada segelintir individu yang mengatakan hidupnya akan susah dan perkahwinan tidak akan kekal lama setelah mengambil keputusan berkahwin pada usia muda. “Tapi kata-kata mereka saya jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan hari ini. Alhamdulillah saya berjaya buktikan yang saya juga boleh berjaya.
“Selepas ini, impian saya nak bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah okay,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata peminat dan pengikut bersetuju dengan perkongsiannya itu dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
Tahniah Wawa!
Idola saya
Tumpang gembira
Wawa berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel ketika dia berusia 21 tahun, manakala suaminya berumur 24 tahun ketika itu selain dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
motavasi10 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
global2 months ago
Paling Cantik Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
tauladan10 months ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
tauladan7 months ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
AGAMA10 months ago
Hukum Akad nikah online TIDAK SAH. Ini sebabnya
-
AGAMA11 months ago
baca Surah Az-zalzalah 3 Kali,Untuk Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya
-
AGAMA9 months ago
Amalkan Surah ini Selepas Subuh, Insya’Allah, Wajah Berseri Seri
-
AGAMA10 months ago
Berselawat Keatas Nabi 80 kali, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat