global
Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di Israel, Ahli Arkeologi Percaya Masjid Ini Mungkin Dibina Seawal 635 Masehi Oleh Seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW

Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di Israel, Ahli Arkeologi Percaya Masjid Ini Mungkin Dibina Seawal 635 Masehi Oleh Seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW
Bekas runt0han masjid itu dijumpai oleh ahli arkeologi dan pada awalnya dikenal pasti berasal dari zaman Empayar Byzantine. Setelah melakukan penggalian lebih lanjut, para penyelidik percaya bahawa runt0han itu adalah bangunan masjid.
Masjid ini mungkin dibina seawal 635 Masehi oleh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang merupakan panglima tentera Islam yang menakluk Levant pada abad ke-7. Difahamkan, tanah jajahan Levant adalah kawasan di Laut Mediterania timur yang merangkumi Lebanon, Syria, Jordan, Israel dan Palestin.
Bekas runt0han masjid itu terletak di pinggir kota Tiberias di utara Israel, menghadap ke barat Tasik Tiberias. Penemuan tersebut diumumkan minggu lalu di sebuah persidangan akademik setelah penggalian selama 11 tahun oleh pasukan yang diketuai oleh Katia Cytryn-Silverman dari Hebrew University of Jerusalem.
Namun, kawasan ini sebenarnya sudah mula digali sejak awal 1950-an dan dikenal pasti sebagai pasar kepunyaan Empayar Byzantine. Bagaimanapun, melalui penggalian dan kaji selidik yang dilakukan selama 11 tahun menemukan pecahan tembikar dan duit syiling dari awal peradaban Islam.
Melalui penggalian yang lebih lanjut, ditemukan struktur bertingkat yang menjadi asas banggunan dan para ahli arkeologi percaya bahawa tapak ini sebenarnya berasal dari peradaban Islam. Pasukan ahli arkeologi mengesyaki bahawa masjid yang dijumpai di Tiberias itu dibina oleh Shurahbil ibn Hasana, seorang komandan pasukan Muslim yang berjaya menakluk kawasan tersebut.
Shurahbil adalah salah seorang komandan Muslim yang meme rangi Empayar Bizantium semasa zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar bin Khattab, Namun kajian mendalam mengenai teori ini masih dilakukan oleh ahli arkeologi, “kami tidak dapat mengesahkan lebih lanjut bahawa masjid ini didirikan oleh Shurahbil,” kata Cytryn-Silverman.
“Tetapi kami mempunyai sumber yang mengatakan bahawa dia mendirikan sebuah masjid di Tiberias ketika dia menakluk wilayah ini pada tahun 635,” tambah Cytryn-Silverman.
Sumber: dipetik dari The v0cket
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
-
global3 months ago
Paling Cantik Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion
-
motavasi10 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan
-
tauladan10 months ago
Ibu Kena Didik Mereka Dengan Cara Yang Garang Dan Tegas.Kalau Nak Anak Jadi “Orang”
-
tauladan7 months ago
Suami Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Leb@m, Selepas Pasang CC+V Semuanya Terbongkar Dan Amat Mengejutkan
-
AGAMA11 months ago
Hukum Akad nikah online TIDAK SAH. Ini sebabnya
-
AGAMA9 months ago
Amalkan Surah ini Selepas Subuh, Insya’Allah, Wajah Berseri Seri
-
AGAMA11 months ago
baca Surah Az-zalzalah 3 Kali,Untuk Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya
-
AGAMA10 months ago
Berselawat Keatas Nabi 80 kali, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat