Connect with us

tauladan

Tak Tahu Arwah Bapa Mualaf, Adik-beradik Cina Ini Terpegun Cara Pengebumian Islam

Published

on

Tak Tahu Arwah Bapa Mualaf, Adik-beradik Cina Ini Terpegun Cara Pengebumian Islam

Kehilangan ibu bapa tersayang memang mem3ritkan jiwa dan raga. Tanpa mereka tidak mungkin kita mengenal dunia. Namun apakan daya, ianya adalah di luar kuasa kita dan kita sendiri tahu bahawa kem4tian itu pasti. Sebagai anak, kita haruslah sentiasa tetap berada bersama ibu bapa kita dari awal sehinggalah di saat-saat terakhir mereka di muka bumi.

Ibu bapa telah melalui bermacam-macam demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna. Maka, janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka, meskipun berbeza agama. Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Aliff Nor Kasany telah menceritakan pengalamannya melihat sendiri waris berbangsa Cina menguruskan jenazah arwah bapanya.

Menurut Aliff, ketika itu merupakan pertama kali dia melihat orang Cina menguruskan m4yat orang Islam. Ini kerana warga emas mualaf itu sebenarnya sudah pun memeluk islam beberapa tahun yang lalu namun tidak diketahui warisnya. Tambahnya lagi, kesempatan berjumpa dengan waris si m4ti itu juga telah dijadikan peluang untuk dia menyampaikan dakwah Islam yang indah.

Baca perkongsian penuh saudara Aliff di bawah: Bicara dari bilik m4yat.

“First time aku tengok orang Cina sambut jenazah di liang lahad.

Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima satu kes kem4tian warga emas yang mualaf. Saat aku sampai di bilik m4yat, aku dapati ada beberapa waris bangsa Cina yang sedang menunggu. Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris yang prihatin untuk ambil tahu akan pengurusan jenazah bagi kerabatnya yang m4ti dalam keadaan sudah memeluk Islam.

Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah anak-anak si m4ti. Okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada non-muslim melalui Fardu Kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jenazah secara Islam.

Selepas bersembang bersama waris arwah, aku dengan sahabat aku yang bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus mengajak untuk membuat peng3caman m4yat ayahnya. Apabila sudah dibuka helaian kain di muka arwah, aku pun apa lagi terus mengajak bolehlah you all standby ambil glove kita mandikan sama-sama arwah ayah

Semua anak-anak angkat tangan tanda menolak disebabkan perasaan mereka terlalu kuat dan sebak atas pemergian arwah. So aku sebenarnya bab urus m4yat ini bila ramai-ramai mudah sikit jika nak membolak-balikkan body m4yat. Jadi kami berdua pun mandikan lah si arwah macam biasa.

Kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid yang jenis menguruskan m4yat walapun bersendirian. Bagilah m4yat jenis apa pun beliau boleh seorang-seorang meskipun diuruskan pada tengah malam.

Selepas siap dimandikan dan dikafankan, aku pun panggil waris mualaf ini. Sebelum kami menutup si arwah, aku suruhlah si waris kucup si arwah tetapi mereka menolak oleh kerana perasaan emosi yang kami faham sukar untuk menerima mungkin.

Tapi aku cakaplah kat mereka, “Bapak you ini sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma. Boss saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you yang sehabis baik untuk nampak bersih suci dan ini masa you boleh cium bapak you boss. Selepas mereka kata tak apa dengan tanda menolak aku pun mulalah menutup kafan secara keseluruhannya.

Selepas solat jenazah, aku bawa jenazah ke tanah perku buran Islam USJ. Antara warisnya yang follow naik van m4yat ini adalah anak sulong lelaki arwah. Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci Al-Quran. Dan ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan Islam.

Dalam perbualan dengan waris arwah ini, aku perhatikan cara dia duduk dalam van jenazah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat Al-Quran yang aku pasang di radio

Dia mula bercerita, abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk Islam. Dan saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan m4yat bagi orang Islam. Aku bagitahulah inilah keindahan umat Islam. Kami akan memudahkan segalanya bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhiratnya nanti.

Waris arwah juga membuka cerita berkaitan kos pengurusan m4yat bagi bangsa Cina. Antara intipati yang aku boleh kongsikan ialah kos untuk tanah pengebumian sahaja hampir 100k. Itu tidak termasuk kenduri yang melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang sembahyang, kos hendak membuat replika rumah, duit, kos keranda, kos pakaian si m4ti. Memang beribu-ribu.

Aku bertanya bagaimana kalau yang tidak berkemampuan, dia menjawab kebiasaan kami akan buat proses pembak4ran m4yat dan abunya kami simpan dalam bekas seperti tin milo dan kami akan buang di laut. Kalau abunya kami hendak simpan di kawasan perku buran, memang mahal kosnya sebabnya kami perlu bayar kos lot yang berharga RM30k. Bahkan setiap bulan kami perlu membayar kos utiliti seperti kos pencucian kawasan simpanan abu.

Aku tanya lagi adakah kaum Cina ada menyediakan satu dana khas bagi menampung kos pengurusan m4yat seumpama khairat kem4tian, dan mereka menjawab “tiada”. Semua kena tanggung sendiri. Atau mungkin wujud tabung tersebut cuma melalui derma secara langsung ketika waktu kem4tian.

Ayat last yang aku dengar jawapan brother ini, you tahu kan kami orang yang berniaga sampaikan bab m4yat kami terpaksa akur disebabkan kaum mereka ambil untung besar dan niagakan dalam hal ehwal kem4tian. Aku tanyalah juga berkaitan kenapa kalau ada kem4tian di pagi raya Cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan m4yat di hospital ya walaupun yang m4ti itu adalah mak ayahnya.

Jawapannya mudah sahaja, sebab mana ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang tinggi, pihak pngurusan m4yat non-muslim tidak akan ambil sebab susah hendak cari pihak yang sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai. So mereka akan tuntut m4yat tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian bahkan lebih lagi.

Setibanya kami sampai di tanah perkuburan Islam, aku perhatikan gelagat waris ini seumpama teruja dengan keindahan tanah perkuburan Islam di USJ. Mereka menyebutkan seumpama macam dalam taman dengan dekorasi yang sistematik dan juga kecantikan rumput karpet menghijau di setiap tanah pusara.

Ketika mana jenazah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jenazah ayahnya. Kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya.

Dan paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang non-muslim itu membuka setiap ikatan tali kafan dan kami memberikan bimbingan untuk membuka helaian kain di bahagian wajah arwah dan si anak menurut setiap arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di bahagian wajah arwah ayahnya. Lalu kami timbuskan liang lahad seperti biasa.

Terdapat beberapa soalan yang dia tanya kenapa wajah mesti dibuka, adakah si m4ti hendak bernafas. Dan mengapa perlu diletakkn tanah pada wajahnya. Kami jawablah sehabis baik untuk memberikan kefahaman kepada mereka betapa indahnya agama Islam ini.

Mereka juga ada bertanya boleh ke mereka ingin meletakkan makanan di ku bur ayahnya seperti upacara yang agama mereka biasa lalukan. Kami pun menjawab, kami mudah sahaja, kami t4kut makanan hilang sebab mungkin kami yang makan. Hehe.”

Sumber:facebook

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending