Connect with us

hiburan

Timang Cahaya Mata Keempat, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Ketiga. Ikuti Perkongsian Ustaz Don 

Published

on

Timang Cahaya Mata Keempat, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Ketiga. Ikuti Perkongsian Ustaz Don

Memiliki tarikh kelahiran yang cantik buat anak kesayangan semestinya menjadi idaman setiap ibu bapa dalam kalangan kita. Tarikh kelahiran itu hanyalah jangkaan yang diletakkan oleh pihak perubatan, namun waktu sebenarnya untuk bayi itu dilahirkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tapi orang kata, kalau rezeki tu Allah sudah takdirkan, kita tetap akan dapat juga. Lebih-lebih lagi rezeki yang datang secara tldak disangka-sangka. Demikianlah rezeki yang dinikmati oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya ditakdirkan lahir pada tarikh yang sama dengan anak ketiganya.

Malah difahamkan, dua lagi anaknya anak pertama dan kedua juga turut dilahirkan pada tarikh yang sama. Menakjubkan, bvkan? Mari ikuti perkongsian Ustaz Don di bawah ini.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه

‎الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين

‎اللهُمَّ صَلّى عَلَى سَيِّدنا مُحَمَّد وَعَلَى آله

Semalam, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami. Syukur yamat La Ya Allah… Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni.. Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..” Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~

Image result for anak dan isteri ustaz don

Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh. 11/2/2021 pukui 3:25 petang semalam. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’. Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.

Hat baby baru ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3. 11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb. Saya dengan isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, macam mana boleh jadi lagu ni? Saya nak bagitau apa yang terbuku dalam benak hati ni.

1. Kehebatan doa

Kami bila jumpa saja sapa yang dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la sekali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak?? Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi;

  • Berkat doa ibu bapak dan mertua
  • Berkat doa kawan-kawan
  • Berkat doa orang yang dapat nikmat
  • Berkat doa orang soleh
  • Berkat doa orang yang diz4Iimi

Wallahua’lam bissawab.. Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.

2. Allah Taala Maha Hebat

Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak d0sa. Saya, isteri saya, keluarga saya, ibu bapak dan mertua saya, kawan-kawan saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak d0sa. Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Peng4mpun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Peng4mpun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana serta sangat suka memberi keampunan dan memperkenankan hajat. Maka Ya Allah, kami tak jemu memohon, agar Engkau tempatkan kami dengan orang soleh.

آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih semua.

Don Daniyal Don Biyajid

Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal,sk

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending