Connect with us

tauladan

Tertanam Sikap Bertanggungjawab Dan Melindungi Adik-Adiknya. Sanggup Bergadai Nyawa, Mel3cur T3ruk Demi Lindungi Adik

Published

on

Tertanam Sikap Bertanggungjawab Dan Melindungi Adik-Adiknya. Sanggup Bergadai Nyawa, Mel3cur T3ruk Demi Lindungi Adik

Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai perasaan kasih sayang buat anak-anak semenjak mereka masih kecil. Bertuahnya mempunyai anak yang masih kecil namun sudah tahu tanggungjawab, bersikap melindungi pada adik beradik sendiri sehingga sanggup bergadai nyawa.

Pengorbanan kanak-kanak ini yang sanggup berg4dai ny4wa menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain. Ketika itu dia baru berusia lima tahun dan sanggup berk0rban ny4wa memeluk Aulia yang berusia tiga tahun pada 2018 menyebabkannya mel3cur t3ruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan dalam satu trag3di keb4karan bilik di sebuah rumah di Johor Bahru.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beradik itu, Muhammad Fariz Nasir Mohd Nasir, 8, Muhammad Fizz Firdaus, 7, Aulia Izzatul Nisa, 5, dan Muhammad Firash, 3, sedang tidur di sebuah bilik sebelum terb4kar. Fizz Firdaus yang menyedari kejadian itu terus memeluk Aulia menggunakan selimut menyebabkan muka dan tangan terb4kar t3ruk manakala Fariz dan Firash hanya mengalami kec3deraan ringan.

Dijaga Nenek Saudara

Nenek saudara mereka, Norfaizah Kamal, 35, berkata, selepas kejadian itu dia mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan di Batu Pahat, Johor. “Saya bersyukur diberi kesempatan menjaga mereka sebagai pelengkap hidup saya dan suami selepas menunggu mendapat cahaya mata sendiri belum kesampaian. “Semuanya dipermudahkan Allah SWT kerana empat beradik ini memang anak yang baik dan mendengar kata,” katanya.

Sangat Menyayangi & Melindungi Adik-Adik

Katanya, Fizz Firdaus sangat menyayangi adik beradiknya terutama Aulia dan Firash manakala Fariz pula sangat melindungi adik-adiknya. “Fariz dan Fizz Firdaus sangat sayangkan adiknya, jika salah seorang menumpahkan air, mereka cepat-cepat mengambil kain lap bimbang saya m4rah.

“Walaupun baru berusia lapan tahun, Fariz sudah pandai melakukan kerja rumah seperti memasak nasi, basuh baju dan melakukan kerja rumah yang lain,” katanya. Norfaizah mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan.

Rawatan Wajah

Menurutnya, dia sangat berharap dapat melakukan rawatan wajah untuk Fizz Firdaus. “Dia selalu mengadu diejek rakan sekolah membuatkan saya terkesan dan memikirkan perlu melakukan sesuatu,” katanya.

Memperincikan tragedi itu, Norfaizah berkata, keb4karan bilik di sebuah rumah berlaku di Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru kira-kira jam 11.21 pagi, Oktober 2018. “Fariz, Aulia dan Firash hanya c3dera ringan tetapi paling t3ruk Fizz Firdaus selepas api meny4mbarnya ketika dia memeluk Aulia,”katanya. Demi lindungi adik, FIZZ Firdaus mel3cur t3ruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan.

Pengorbanan Abang

Kisah Fizz Firdaus menyelamatkan adiknya tular di media sosial yang dikongsi seorang aktivis Suara Anak Muda Batu Pahat, Mohd Firdaus Isa, 38, menerusi laman Facebooknya. Mohd Firdaus berkata, perkongsiannya mengenai pengorbanan seorang abang yang sanggup berg4dai ny4wa untuk adiknya sebagai contoh kepada masyarakat luar.

“Sebagai orang dewasa pun kita mungkin ragu-ragu untuk berg4dai ny4wa melakukan perkara sama, tindakan adik Firdaus begitu meruntun jiwa saya,” katanya. Hebatnya anak ini. Walaupun usianya masih kecil dah tertanam sikap bertanggungjawab dan melindungi adik-adiknya. Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat sebegini, kasih dan sayang pada adik beradik sendiri.

Sumber:bawangranjers

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending